Selasa, 19 Julai 2011

Makna Dua Kalimah Syahadah

Ahlus Sunnah wal Jama'ah meyakini bahawa dua kalimah Syahadah merupakan dasar sah dan diterimanya semua amal. Kedua kalimah ini memiliki makna, syarat - syarat, dan rukun - rukun yang harus diketahui, diyakini, diimani, dan diamalkan oleh seluruh kaum Muslimin.

Makna Kalimah "Laa ilaaha illallah"
   " Tiada Tuhan yang diibadahi kecuali Allah" dan makna daripada terjemahan ini adalah
        "Tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah Swt"

Terdapat beberapa penafsiran yang salah tentang makna kalimah "Laa ilaaha illallah", dan kesalahan tersebut telah menyebar luas. Diantara kesalahan tersebut adalah: 01

1) Menafsirkan kalimah 'Laa ilaaha illallah' dengan 'tidak ada yang diibadahi kecuali Allah'. Pendapat ini megelirukan dan ini bermakna setiap yang diibadahi, sama ada yang benar (haq) mahupun yang sesat (bathil), beerti Allah. Secara muthlak pendapat ini tertolak dan tidak boleh diterima. Sedangkan Ibadah yang haq itu hanya untuk Allah Swt. Sebagaimana firmanNya :

2:163


"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
(Surah Al-Baqarah : 163)


2) Menafsirkan kalimah  'Laa ilaaha illallah' dengan ' tidak ada pencipta kecuali Allah' sedangkan makna tersebut hanyalah makna sebahagian dari kalimah  'Laa ilaaha illallah' bukanlah makna secara keseluruhan kalimah  'Laa ilaaha illallah' dan ini hanya mencapai satu makna iaitu Tauhid Rububiyah sahaja. Inilah yang diyakini oleh kaum musyrik. Kerana jika ditanya dengan mereka siapakah yang menjadikan langit dan bumi? maka mereka menjawab Allah. Dalilnya:

29:61


"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)" (Surah Al-Ankabut : 61)



3) Menafsirkan kalimah  'Laa ilaaha illallah' dengan 'tidak ada hakim (penguasa) kecuali Allah'. Dalam mengesakan Allah Swt, pengertian ini juga tidak sempurna kerana hanya mengakui sifat Alllah Yang Maha Penguasa sahaja, namun memohon doa kepada selain Allah atau menyelewengkan tujuan ibadah kepada sesuatu selain Allah, pengertian ini juga tidak boleh dijadikan sebagai definisi yang menyeluruh tentang maksud  kalimah  'Laa ilaaha illallah'. Firman Allah Swt :

34:27

"Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada ... itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah AllahYang Maha Kuasa, ..." (Surah Saba' : 27)

4) Menafsirkan kalimah  'Laa ilaaha illallah' dengan ' tiada tuhan melainkan tuhan' ini adalah tafsir Dr. Nurchalis Majid.. Tafsir beliau tentang kalimah ini amat sesat lagi menyesatkan. Kerana boleh membawa kepada kesyirikan. Dimana, dalam tafsir ini memberi pengertian bahawasannya tuhan selain Allah itu adalah Allah. Ini bererti, tuhan kaum nasarah dan yahudi itu adalah tuhan bagi kaum Muslimin. Ini sangat bertentangan dengan pengertian tuhan dari aspek Syar'i. Sedangkan tuhan untuk umat Muhammad saw itu hanya satu iaitu ALLAH SWT.
Allah Swt berfriman :
112:1


"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;" 
(Surah Al-Ikhlas : 1)                                






Ayat Quran yang datangnya daripada Allah swt jelas membawa maksud yang satu iaitu Tuhan bagi umat Muhammad saw hanya Allah Swt. Tiada ada sekutu bagiNya dan tiada yang haq diibadahi kecuali Allah Swt.

Bersambung..................
                                                                                   
01 Lihat Aqidatut Tauhid (hal.39-40) oleh Syaikh Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan.